Assalamualaikum wbt...
Selamat Hari Pekerja untuk orang yang dah bekerja. Untuk student, selamat hari cuti je la.
*************
Kita selalu dengar atau mungkin alami sendiri perasaan dan situasi nih
"tak sabarnya nak abes belajar..nak keje..pegang duit sendiri"
"adoi..penatnyer kerja...rindu zaman study dulu.."
Haha...manusia
Haha...manusia
*************
Sejak dari lepas UPSR lagi aku ade perasaan yang lebih kurang camni. UPSR aku tak ok. Tak layak nak gi sekolah yang bagus2. So, masuk la sekolah Sungai Rambai yang cikgu suka momok-momokan kiteorang
"korang masuklah sekolah Sungai Rambai tu kalau tak nak blaja"
Part ni aku emo sikit. Tak baik woo cikgu cakap cenggitu. Tapi tu mungkin sebagai stressor untuk budak2 belajar. Ade jer bekas student sekolah tu jadi doktor engineer. Yang penting orangnyer. Bukan sekolahnye.
*************
Aku dulu masa sekolah menengah pon ade perasaan nih. Semangat sangat nak abes sekolah. Masa baru lepas PMR memang berkobar2.
"Yes..lagi 2 taun jer nak abes sekolah"
Bila abes SPM,
"Good bye baju sekolah...aku tak nak pakai ko lagi"
"Good bye baju sekolah...aku tak nak pakai ko lagi"
Statement kat atas ni dikuatkan lagi bile tiba masa nak decide nak masuk matrik atau form 6. Form 6 memang aku tak pandang lar sebab dah tentu2 kene pakai baju sekolah lagi *mintak maap pada yang amik form 6. Harap tak kecik ati. Itu aku pada waktu dulu
Akhirnya amik matrik dan menderita di tengah jalan. Maklum la..first time tinggalkan rumah. 2 minggu aku maraton nangis kot. Padehal matrik ngan rumah dekat jer. Saje drama lebih *Dulu masa sekolah aku ade impian..nak belajar ngan duduk kat sekolah asrama penuh walaupun sehari jer...teringin..dengar kawan2 cite cambes..sekali dapat matrik rasa nak mati...bersyukur xdapat masuk SBP*
Pelajaran terganggu..memang tak fokus. Abes result aku. Siap nangis2 tepon abang aku kata nak tukar form 6 sebab boleh dok umah *haha..padan muka..berlagak lagi*
Tapi akhirnya aku dapat jugak abeskan matrik walaupon dapat result yang mengharukan. Memang dedau ah masa result UPU. Siap dah sedia apply SPA in case tak dapat U. Keyakinan nak dapat U tu memang rendah. Akhirnya, sudi jugak UMP (i love UMP) amik aku sebagai salah satu pelajar. *UMP dan kos yang aku amik skang ade dalam pilihan. Bukan lelong yer*
Bile masuk UMP yang dua tiga pat lima kali lagi jauh dari matrik nih OK pulak. Takde nangis2 dah. Umah pon kengkadang lupe. Hakhak. Mungkin sebab dapat kawan yang sekepala kot. Hidup pon xde la rushing gilebarbie cam kat matrik. Blaja pon ok jer walaupon tak dekan memanjang. Kawan2 baik..lecturer pon baik.
*************
Tengok semua yang kat atas ni. Dah besar2 ni baru terpikir kenapa benda jadi macam tu, macam ni. Andai kata aku dapat masuk SBP, mungkin aku xbole survive dari sekolah menengah lagi. Kalau masuk pon mungkin jadi pelajar tercorot. Kalau result matrik aku baik, aku takkan masuk UMP jumpe kawan2 dan lecturer yang baik..berpeluang jalan2 gi luar negara. See people what price I should pay/ go through for today. Sila sangka baik dengan Allah
Walaupun result aku tak berapa baik masa matrik, Allah still bagi aku peluang untuk masuk universiti.Aku tak rasa pon yang matrik tu tempat aku belajar akademik, rasanya lebih kepada adaptation to universiti camne nak berjauhan dengan family..survive sensorang (walaupon setiap minggu balik umah)
Bile masuk U which is lebih penting, aku dah stabil dah. Takde lagi masa terbuang nak nangis2. Homesick bagai. So,lebih senang nak belajar
Pada pendapat aku, universiti belajar ilmu akademiknya cuma 20-30%. Yang banyak aku belajar adalah teknikal & interpersonal skill. Camne nak deal ngan orang secara formal. Cara buat surat. Cara buat proposal. Berhadapan dengan macam2 orang. Kenal orang
p/s: kalau sekarang ni kita terpaksa berhadapan dengan orang2 atau kawan2 yang mungkin annoying, anggap dieorang tu cuma ujian2 kecik sebelum kita jumpa yang mungkin berlipat kali ganda annoying masa kerja nanti..cuba pikir kalau kita tak jumpa orang2 yang macam ni. Bayangkan kita jumpa mereka masa kerja. Time study ni jahat2 pon xde la jahat mana...paling2 kite sakit hati jer. Kalau kat tempat kerja, gaduh2 kat tempat kerja akan affect good image korang. Dicop kuat melenting dan kuat marah. Orang akan bawak mulut pasal perangai buruk tu. Kalau sampai terpaksa berhenti kerja, kita mungkin susah dapat kerja kat tempat lain sebab orang dah kenal camne perangai kita. So, kat U ni anggap la macam immunisasi. So nanti kat tempat kerja dah terimun dengan perangai orang yang macam2 ni
Selain dari masalah kat tempat belajar dan tempat kerja, kita semua ada masalah family masing2
Sekarang ni ayah aku tengah sakit. Stroke (serangan kene kat otak) so skang dia tak boleh fikir dengan normal dan cakap dengan jelas. selain tu dua dua belah kaki die pon da kene potong sebab kencing manis. Aku memang tak jaga ayah aku sebab belajar jauh..So, skang ni mak aku ngan abang aku je yang jaga. Aku sangat termotivate dengan cara mak aku hadapi masalah ni...kalau aku memang aku tak tahan kot.Orang yang pernah datang tengok bapak aku mungkin tau susah macam mana nak uruskan ayah aku
Even susah nak jaga, mak aku sentiasa rilek. Bole gelak2 jer (sebab abang aku suke buat lawak kot)... kadang orang yang datang rumah pelik kenapa la mak aku ni rilek jer...mak aku cakap dia redha bapak aku sakit camtu daripada sakit sosial. Daripada yang dia tengok orang lain yang lakinya gi cari pempuan lain, dia lagi senang hati bapak aku sakit depan mata daripada susah hati taktau mana laki pegi...
"Sakit kene cubit pukul lagi ok dari sakit malu"
(Thanks ibu n muizz sebab jaga ayah)
Apa yang aku sampaikan bukanlah nak buat anda termotivate untuk hidup sambil lewa dan membiarkan hidup 100% ditentukan takdir
BUT
Do ur very best in ur current situation..kalau tengah belajar..belajar betol2...its ok to be perfect because perfect depend on your perception. Not others. Kalau ikut orang memang takkan la.
Allah pandang usaha. Bukan the result. Lepas berusaha dan berdoa, serah pada Allah dan sentiasa bersyukur dengan apa jer yang Allah bagi. Tak kira baik atau buruk..mesti ada baiknya ke kita. Benda ni kita boleh sedar kalau kita fikir panjang...mungkin ambik masa tapi percayalah. Allah sayang kita
Sila rasa seronok dan bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Sebab mungkin kita akan berharap nak berada di situasi sekarang pada masa hadapan
Jangan jadi orang yang sentiasa tak puas hati dengan apa yang dia ada. Nakkan masa silam dan masa hadapan tapi melantakkan masa sekarang. Nak apa yang orang lain ada tapi tak bersyukur ngan apa yang dia ada. Last2 ape pon tak dapat...hancur semuanya. Rugi2.Kesian
So people, sila hargai dan belajar menghargai nikmat dan bala yang datang kepada kita. Takyah nak merungut jer. Takde pekdah. Baik ko hadap selesaikan apa yang ada depan mata. Hidup terlalu pendek untuk kita merungut
Till then people..Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment