Pages

Monday, September 29, 2014

Take me please!!!

Assalamualaikum

"Graped" since August 2014 and still counting

Someone please stop this

I need a job badly

p/s: penat dah tido....

Thursday, August 14, 2014

Day Dreamer

Assalamualaikum

It been so long since my previous post. Dah 6 bulan kot baru nak menulis balik. Banyak kekangan. Busy internship. Takde internet.Ni kat rumah yang mempunyai kelajuan internet yang bersignal strength:EXCELLENT, baru la boleh.
 
Haritu dok busy mencari tempat intern, sekarang ni dok sibuk mencari tempat kerja. Hmmm. Harap tak lama lah pakai nametag "PENGANGGUR". Terasa hina pabila berjumpa teman seperjuangan yang dah kerja dan berjaya. *Mohon pada yang mempunyai kuasa untuk meng"hire" orang, mohon ambil saya bekerja.
 
Ok. Mari ber"one way communication".
 
Aku suka berangan. Berangan tu kan free. Takde apa yang boleh menghalang berapa jauh angan-angan kau. Tapi ayat berangan tu kalau nak direpharse untuk lebih positive bunyinya walaupun sama maksud adalah bercita-cita.
 
Cara aku berangan ni dengan buat wishlist apa yang kau nak for certain time. Tak kisah la nak berwishlist kat mana-mana pun. Aku berwishlist kat dalam otak, dalam notebook, dalam note henpon. Bersepah. Kadang bile ada orang lain terbaca memang kena gelak dan di anjing-anjingkan (baca: nganjing) kaw-kaw punye. Memang time kantoi rasa nak bakar dan hapuskan segala bukti wishlist kau tu. Ye la. Kau punye wishlist tu macam tak releven je. Memang kau tengok tu angan-angan sangat.
 
Kebanyakan wishlist aku adalah benda-benda simple je. Contoh, masa sekolah rendah dulu, bukan semua orang ada henpon. Dah ada henpon 3310 yang bernada monofonik pon dah gah sangat macam ada beg LV ori. Selalu aku baring dalam bilik, dok tenung suis plug, berangan satu hari nanti aku akan cas henpon aku sendiri kat situ. Time tu aku punye target iphone6 jer yang sampai sekarang tak launch lagi. *Aku berangan time tu tahun 2003 or 2004. Terlalu kehadapan pikiran aku. Ok. Tu melampau. Aku target 3310 jer. Masa form 3 aku dapat henpon. Kazen bagi. Dia jumpa tepi jalan. Satu wishlist fulfilled. Imma happy girl. *Tapi sayang jodoh kami tak lama. Henpon tu tercicir kat padang sekolah. Mungkin tak berkat rembat henpon tepi jalan.
 
 
Tenenet tenenet tenenet tettt (ulang 2x)

 
Aku ada gak tulis timeline untuk education.  Dari PMR sampai PhD. *Amboi. Teruk aku berangan.Time tu tulis dalam note book kaler purple. *Baru form 3 da ade hati nak PhD.
 
Education timeline
 
2006- PMR
2008- SPM
2009- Matrik
2010-2014- Degree
20..- Master
20..- PhD
 
Currently fulfilled sampai 2014 ikut proposed time. Dah grad pon. Tinggal konvo jer.
Imma happy ladies (up dah, ladies kau)


Di sebalik konvokesyen, tersirat wishlist lain. Muehehe. Mohon makbul. Amin
 
Masa degree, aku dah berangan untuk masuk Oil & Gas industry. Bila aku cite kat orang, ada yang komen kata O&G ni tak sesuai untuk perempuan. Terlalu high risk. Terlalu cepat mereka cuba nak mencantas tapi tak kena. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat gak. Walaupun hanya intern. Memang niatnya nak merasa. Lepas rasa 6 bulan tu, takde la teruk sangat. Bole tahan teruk tapi still ok. Still nak masuk O&G bila kerja nanti. Imma happy ladies (still)


 
 
Salam perantau dari aku dan sang Chucky

Dear yang sespesis dengan aku (The Day Dreamer), sapa cakap berangan tu buang masa dan takde hasil? Asalkan niat kau kuat, ada usaha, doa dan tawakal, insyaAllah bole je jadik. Kun Faya Kun. No one can stop your dream. So, keep dreaming and don't forget to chase for your dream.
 
Till then..Assalamualaikum
 
 
 
xoxo, The Day Dreamer
 
p/s: suka tidur. zzzzzzzz

Thursday, February 6, 2014

Jagung Bakar Pedas Caramel

Assalamualaikum

I'm home bebeh. Cooking mood haruslah on sebab kat rumah je boleh masak. Pasni masuk praktikal duduk kat hostel lagi. Itu sama maksud aku bakal makan luar lagi 6 bulan. Darurat :P

Ok, from previous post (Camping di Malang), I've promise myself to post recipe of jagung bakar yang aku makan time camping kat Batu, Malang, Indonesia. So, ni lah baru sempatnya nak buat sendiri kat rumah. U should try this recipe. Maybe as new menu for ur BBQ party.

Lets begin

Bahan:

Jagung (3 tongkol besar)
Cili api (5 biji- bergantung tahap kepedasan uolls)
Butter (3 sudu besar)
Kiub ayam (sila rujuk gambar dibawah)
Garam (secubit)
Gula (1 sudu besar)

p/s: combination of butter and sugar give the caramel taste

Cara-caranya:


  1. Tumbuk cili api

  2. Masukkan butter, kiub ayam, garam dan gula 
  3. Kiub ayam Maggi
    Banyak ni portion nye
    Siap tumbuk semua barang.
    Jagung retarded
  4. Salutkan bahan-bahan yang dah siap tumbuk tu ke atas jagung anda 
  5. Sapu suke hati kaulah
  6. Balut guna aluminium foil    
  7. Individual packed. Omey angat :p                              
  8. Bakar 
  9. Aku bakar atas stove jer. Ke arah modenisasi         

                  
  10. Taraaa..Siap dah       
  11. Arghhh.. Scrumptious
     
      Terngiang-ngiang bau melting butter
       
      Nyummeh                                        
      Simple right? Ok then. Selamat mencuba