Pages

Thursday, March 1, 2012

Kek Coklat yang Paling Menjadi di Abad Ini

Sekian lama aku penat dan jenuh mencuba pelbagai jenis resepi kek coklat, dan terlalu banyak duit yang terkeluar(walaupon bukan duit sendiri)...akhirnyeee jumpe jugak resepi yang terbaik di abad ini!!

Tanpa menggunakan majerin ataupun oven, kini membuat kek coklat adalah sesuatu yang possible untuk anda...thank to Ipah Ipin, rummetku semasa di KMJ...die lah yg bagi resepi yang maveles nih!!


Tadaaa!Cantik kan kek nih!

dulu penat je pk camne la kek ni bole jd itam sangat...penat bubuh setin koko tp xjd jugak!! Tapi dengan resepi ini, ianya bukan sesuatu yang misteri lagi....

Bahan2 yang simple sangat:

Gula pasir- 1 cawan

Telur- 2 biji

Air sejuk (dari peti sejuk)- 1 cawan

Susu pekat- 1 cawan

Minyak masak- 1 cawan

Tepung gandum- 1 setengah  cawan

Bicarbonate soda- 1 sudu kecil

Koko- 1 cawan


Cara2 yang hanya sebelah mata je buat:

Pukul telur, masukkan gula & pukul lagi

Masukkan air sejuk, susu pekat & minyak masak dan pukul lagi

Masukkan tepung gandum, bicarbonate soda & koko

Pukul sampai sebati

Kukus selama 1 jam

Topping kek:

Koko- 5 sudu besar

Susu pekat- 2 sudu besar

Gula- 2-3 sudu besar

Tepung jagung (campur dengan air)-1-2 sudu besar

Cara2:

Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk..

Masak dengan api kecil...

Matikan api bile tekstur topping da jadi macam coklat cair....

Tuang atas kek yang dah sejuk


Ok...there some tips from Mak Jemah

Kek ni selalunye aku kukus dalam tuperware isi taufufah kt pasar malam jer. Senang nak bawak pegi mane2. Takyah nak transfer bekas.

Ni satu lagi, untuk elakkan air yg terkumpul kat tudung periuk tu jatuh atas kek, korang belilah kain cotton yg nipis cam tudung bawal tuh...bungkus tudung periuk tuh. Setiap 20 minit,bukak periuk untuk buang air yg terkumpul kt kain tadi. Takyah bukak kain tu, juz sendengkan je, keluarlah airnyer.

Kek ni kukus jap jer sebab kebanyakan kek kukus yang kukus sampai 4-5 jam tuh adalah untuk ketahanan kek tu dari rosak kot (rasenyer lah kot). So, cukup la kukus 1 jam je klau setakat nk makan esok lusa tu...jimat gas yang mahal tuh. Nak lg lama simpan dalam peti ais...

Ok...selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment