Pages

Monday, October 28, 2013

Ikan Siakap Kukus Putih Pedas Masam

Assalamualaikum.

Terajinnye straight dua entri satu hari. I just can't stop. Wat to do. Ohmai. Now, nak bagi resepi ikan siakap kukus yang simple. Senang jer. Resepi ni versi pedas dan masam. Masa bulan puasa haritu nak bape kali tah kiteorang kat rumah sahur lauk ni. Lauk ni kire laku laris la kalau kat rumah aku

Ok. Lets begin

Ikan Siakap Kukus

Bahan:

Bahan asas untuk kuah
Ikan siakap - 1 ekor
Cili api - 20 biji (belah dua)
Halia - 5 inci kot. Tak ukur la plak. Tapi bole tahan banyak la (potong macam kat gambar di atas)
Bawang putih - 2 ulas (ketuk)
Serai - 2 batang (ketuk)
Sos tiram - 4 sudu besar
Garam
Gula
Limau kasuri - 2 or 3 biji
Tepung jagung - 1 sudu besar
Carrot - setengah biji (belah halus2. Nak senang, pakai sagat)
Cili merah - 3 biji (belah halus2)
Bendi - 5 biji (potong besar2)
Jagung kecil - 3 batang (hiris)

Cara:

Kuah:
  1. Panaskan kuali
  2. Tumis cili api, bawang putih, halia dan serai sampai naik bau
  3. Masukkan sos tiram, garam dan gula (garam jangan banyak sangat sebab sos tiram tu masin dah)
  4. Perahkan limau kasturi
  5. Masukkan air
  6. Dah nak mendidih, masukkan tepung jagung yang dah bancuh ngan sedikit air untuk pekatkan kuah. 

(p/s: Jangan risau kalau kuah cam pekat sangat. Nanti masa kukus kuah tu akan mencair)

Ikan:
  1. Panaskan pengukus
  2. Kelar badan ikan untuk elakkan ikan tak masak dalam
  3. Masukkan ikan dalam pinggan lebar. Kalau yang banyak kuah tu pakai la pinggan yang berdinding tinggi sikit
  4. Tuang kuah atas ikan
  5. Tabur carrot dan cili merah, bendi dan jagung kecil atas ikan
  6. Kukus sampai ikan masak (indicator untuk tau ikan dah masak adalah mata ikan da putih semua. Kalau belum masak, mata ikan jernih)
  7. Keluarkan dari kukus dan hidang
  8. Siap!!
Tadah. Jemput mam *pang*

Selamat mencuba. 
Assalamualaikum


xoxo, Lily (ceh!)

Nasi Beryani + Ayam Beryani + Acar Beryani

Assalamualaikum.

Fuh fuh. Berabuk sangat. Bape bulan tak update. Bizi sangat katenye. Ni da lapang-lapang sangat sampai tak tau nak buat ape baru tergerak nak tulis entri baru (padehal tergeraknye dah lama cuma malas jer). Saking malasnye sampai asyik nak tido pasal penat online ngan penat makan. Kesian badan ngan otak kite "penat sangat".

*Krik krik krik*

Kebetulan haritu baru balik Raya Haji, aku nak update resepi yang telah membuatkan aku rasa level memasak aku up 1 level. Penat haritu memuji diri sendiri kerana achievement ini. Rasanye barulah berdarah Batu Pahat (actually I'm mixed blood. Melaka + Batu Pahat) Puih la. Mixed blood konon.Padehal Jawa pure) bile da pandai masak Nasi Beryani. Ye, Nasi Beryani. Aku da pandai masak Nasi Beryani *udah2,jangan lebay*

Ok, come ladies kite masak Nasi Beryani *for beginner*

Nasi Beryani


Nasi Beryani


Bahan:

Beras basmathi - 3 cawan
Bawang merah besar - 3 ulas
Bawang merah (hiris) - 1 ulas
Bawang putih - 2 ulas
Halia - 3 inci
Serbuk beryani (aku guna serbuk beryani Adami-lagi sedap dari brand lain) - 3 sudu besar
Rempah tumis(bunga lawang, cengkih, kayu manis, buah pelaga) - serba satu
Garam - secukup rasa
Daun bawang & daun sup - 2/3 tangkai
Minyak sapi - 3 sudu besar
Susu cair - setengah cawan
Air - 4 setengah cawan
Pewarna merah dan kuning - Beberapa titik
Gajus, kismis, bawang goreng sebagai hiasan

Cara:


  1. Rendam beras basmathi selama at least 10 minit
  2. Blend bawang merah, bawang putih, halia
  3. Panaskan periuk
  4. Masukkan minyak sapi
  5. Lepas minyak sapi cair dan panas, masukkan rempah tumis. Kacau sampai naik bau
  6. Masukkan bawang hiris. Kacau sampai garing sikit
  7. Masukkan bebawang yang dah blend dan serbuk beryani. Kacau sampai garing sikit dan naik bau.
  8. Masukkan beras. Kacau2 dan masukkan air, garam, daun bawang dan daun sup. Tanak sampai masak
  9. Da hampr masak tu, masukkan susu cair. Kacau lagi
  10. Titikkan pewarna. Jangan kacau. Biarkan nasi masak betul
  11. Bile nasi da masak, tabur gajus, kismis dan bawang goreng. Kacau buat kali terakhir.
  12. Siap!! 

(p/s 1.0: Pantang bila pakai serbuk beryani: mesti pastikan serbuk tu garing dan masak betul. Kurang garingnye serbuk beryani boleh menyebabkan sakit perut)

(p/s 2.0: Kalau nasi korang jelantah/mentah sikit, sila kukus. Nanti ok lah nasi tu)

Dah ade nasi beryani, tak mungkin nak maka gitu je kan? Pasangannye haruslah Ayam/Daging Beryani dan sayurnye Acar Rampai/Beryani.

::Next::

Ayam/Daging Beryani

Bahan:

Ayam/ Daging - 1/2 kilo
Minyak sapi - 2 sudu besar
Minyak jagung - 3 sudu besar (tambah je kalau kurang)
Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, buah pelaga) - serba satu
Bawang merah besar - 3 ulas
Bawang putih - 2 ulas
Halia - 2 inci
Serbuk beryani - 3 sudu besar
Tomato puree (bole ganti dengan blended sebiji tomato) - 2 sudu besar
Sos tomato - 1 sudu besar
Madu -1 sudu besar
Susu cair - 1/4 cawan
Garam - secukup rasa
Daun sup
Cili hijau - 2/3 biji
Tomato fresh - 1 biji
Gajus, kismis dan bawang goreng untuk hiasan

Cara:

Untuk guna daging, better masak guna pressure cooker. Lauk ni sedap kalau daging tu lembut giler. Kalau pakai ayam, guna kuali pon ok dah sebab ayam cepat lembut


  1. Blend bebawang dan halia
  2. Panaskan periuk
  3. Masukkan minyak sapi dan minyak jagung
  4. Tumis rempah sampai naik bau
  5. Masukkan blended bawang + halia. 
  6. Masukkan serbuk beryani (rujuk p/s). Tumis sampai garing dan naik bau
  7. Masukkan tomato puree, sos tomato,cili hijau, tomato fresh, susu cair dan madu(cili hijau tu aku buang tangkai jer. Tak belah pon)
  8. Masukkan daging/ayam. Gaul jap
  9. Masukkan air dan tutup. Masak sampai daging/ayam empuk
  10. Dah empuk, masukkan garam. Kalau terkurang kuah, tambah air
  11. Hidang. Tabur gajus, kismis dan bawang goreng
  12. Siap!!

Acar Beryani

Bahan:

Raw material untuk acar beryani. Sori, time ni cili lom sedia untuk diphotoshoot


Timun - 1 biji
Bawang kecil - 3 biji 
Carrot - 1 biji
Cili merah & hijau - 4 biji
Bawang putih - 4 ulas 
Bawang merah besar - 2 ulas
Serbuk beryani - 2 or 3 sudu besar
Gula & garam - secukup rasa
Air asam jawa - 1 sudu kecil
Minyak masak
Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, buah pelaga) - serba satu

Cara:

  1. Potong dan belah timun, carrot, bawang kecil, bawang putih dan cili merah dan hijau mengikut gambar di atas
  2. Blend bawang merah besar dan sebiji bawang putih
  3. Panaskan kuali dan masukkan minyak
  4. Tumis rempah sampai naik bau
  5. Masukkan blended bawang dan serbuk beryani. Tumis sampai naik bau dan garing
  6. Masukkan semua sayur mayur. Masukkan air 
  7. Bila sayur dah lembut, masukkan garam, gula dan air asam. 
  8. Siap dan hidang
Dah siap semuanya. Silakan mencuba. Rasa cam ohsem gile bile first trial menjadi. Haha. Rasa cam bole mabuk lak semua dish ade beryani kan.

Okbai.Thank you
Assalamualaikum