Assalamualaikum
Dulu aku kat sekolah rendah, dari darjah 1 sampai darjah 6, duduk dalam kelas yang paling ramai budak dalam sekolah sebab setiap darjah memang ada satu kelas je pon. Bila dah ramai budak, dah namenye budak, bising tu wajibul ghunnah. Kalau satu budak boleh menghasilkan 40 desibel minimum bile bercakap, ko darabkanlah sendiri dengan 40++ orang budak.
Menurut pelajaran exposure to noise, maksimum bunyi yang boleh didengar oleh pekerja secara khususnya adelah 85 desibel untuk 8 jam sehari. Kalau didarabkan 40 desibel dengan 40++ orang budak, kelas aku menghasilkan minimum 1600 desibel.
P/S: Sila rujuk consultant noise yang berdaftar untuk kesahihan. Baidewei, final subjek exposure aku dulu dapat C.
Disebabkan kelas aku menghasilkan bising yang melangkaui Permissible Exposure Limit kebisingan yang melampau, yakni minimum 1600 desibel tak kurang dari 5 kali sehari walaupun tidak berterusan kerana kedatangan cikgu untuk mengajar (kebisingan berlaku setiap kali pertukaran cikgu), alkisah pada suatu hari, ketika cikgu takde dalam kelas (aku tak pasti sebab apa, mungkin cikgu pegi kursus kot sebab kemeriahan yang berlaku adalah boleh tahan lama), berpesta budak budak dalam kelas merayakan ketiadaan cikgu. Tapi masa tu aku yang baik lagi sok sok nerd dan rajin tengah menelaah buku. Walaupon aku baik, tapi aku tak mengamalkan amal maaruf nahi mungkar pada waktu tu. Aku tak ambik kisah dengan jiwa pesta mereka.
Tengah syok syok study di sudut kelas berlatarbelakangkan suara kemeriahan pesta liar teman sekelas, tiba tiba menjadi senyap. Bak kata orang, "Eh, eh. Malaikat lalu kot". Aku curious kenapa tiba tiba jiwa liar berpesta budak budak nih tiba tiba mati bagaikan api disimbah air. Mereka yang sedetik lepas tengah membuas, tetiba menjadi ustaz kucing (baca: alim alim kucing aka munafik). Eh, apesal budak budak nih. Aku tetiba seperti tak mengenali mereka seperti 6 tahun yang lalu.
Dengan keyakinan yang matinya kebisingan suara liar mereka berpesta sedetik lalu adalah kerana mitos malaikat lalu tepi kelas, aku pon dengan gahnya berdiri dari kerusi dan berteriak "BISING AR LAGI, BISING LA LAGI" sambil mengepalkan tangan seperti pejuang kemerdekaan negara memberikan semangat perjuangan kepada anak bangsa. Habis sahaja aku melaungkan kata kata semangat bisa membuatkan Zionis berundur dari Palestine, tiba tiba "KELETUK", bunyi hentakan gabungan tulang, otot, ligament dan kulit (aka tangan cikgu kelas sebelah) dengan gabungan tengkorak, kulit kepala dan kutu (aka kepala aku) dengan acceleration dan velocity yang tinggi kedengaran dan rasa perit seperti kepala dilindas steamroller tersebar dalam masa 1/4 detik.
Ternyata, keheningan yang terjadi dalam masa sedetik daripada 1600 desibel itu bukanlah disebabkan lalunya malaikat di tepi kelas, tetapi munculnya seorang lelaki yang sedang berkhidmat untuk bangsanya dari kelas sebelah (aka cikgu) di belakang aku. Sayangnya, cikgu tu muncul dalam area blind spot aku maka aku yang malang ni tak perasan langsung. Rupanya die perati kelas kiteorang dari blind spot aku. Tu yang dari kelab malam terus jadi library UMP. Hampeh punye klasmate.Haram sorang pon tak bagi signal kat aku. Aku dengan rela telah terjadik kambing hitam black metal untuk korang.
Memang betul kata orang, kalau tetiba suasana jadi hening, maknanya ada bencana nak datang. Dalam bencana ni, victim ada tiga. Kepala aku, kutu ngan telinga kiteorang sekelas. Thank you :(
Tiba-tiba jadi rindu pulak dengan klasmate sekolah rendah ngan cikgu cikgu especially yang luku kepala gua (tetibe guna bahasa lengster lepas kena luku. Sebelum kene luku, aku bahasakan diri aku as "KITE". Omey angat :p). Mesti dah ramai yang dah kerja kan. Yang dah kawin pon ade kan. Aku je yang terkontang kanting study lagi. (Double meaning: Silakan belanja aku makan wahai kawan yang dah kerja dan kaya raya).
Till then. Bye peeps.
Caution:
Walaupun perenggan atas atas entry ni nampak macam jurnal kat Elsevier, dan entri ni panjang macam report Final Year Project, diharap jangan quote mana mana statement dari sini untuk Final Year Project korang ataupun anda mempunyai probability 123456789% untuk gagal dan bakal extend graduate (Laili, 2013)