Assalamualaikum
Ok. This is the very first recipe for this blog. Ekceli, since sekolah rendah aku da blaja masak. Dari darjah 3 kalau tak silap. So,masuk tahun nih, da nak masuk 13 taun la pengalaman memasak ni. Haha. Bole la apply jd tukang masak kt hotel (ecece...bajet nyah)
My first guru is my father and this recipe is my first dish that i cook since aku ni berasal dari Melaka, so asam pedas ni cam bende wajib kt Melaka ni. Tapi resepi ni tak macam yg asam pedas melaka yg ori kot sebab tak tau apekah rupe sebenar asam pedas Melaka nih. Ni kirenye asam pedas kacuk Melaka Johor kot.
Asam Pedas
Bahan2:
Cili kering blend (5 sudu besar-klu nk pekat tambah je)
Bawang merah (2bj-besar pnye)
Bawang putih (2 ulas)
Halia (seinci)
Kunyit (seinci-klu xde serbuk pnye pon ok)
Asam jawa
Daun kesum
Air
Minyak
Garam
*Bendi
*Tomato
Ikan (tertakluk pada selera)
Cara2:
Blend bawang merah & putih, halia, n kunyit. Panaskan minyak. Minyak tu biar banyak sikit tap jangan over sangat. Biarkan betol2 panas baru masukkan cili,bawang merah putih,halia n kunyit yang dah diblend tadi.. Kacau sampai pecah minyak or kering sikit bende2 tu tadi. Masukkan ikan. Kacau slow2 (kalau ganas-ganas, nanti ikan hancur). Masukkan air (bukan air asam tau) tp sikit je. Agak2 cair sikit bahan tumisan. Bila da menggelegak, masukkan garam, air asam, daun kesum, bendi n tomato. Masak smpi menggelegak dan bendi n tomato da lembut. Ok. Da bole hidang. Bismillah
Maklumat tambahan:
*Ikan pari, duri sedap kalau dimasak dalam kuah asam pedas yg pekat. kalau cair, rasa manis ikan tu hilang dan ikan ni kalau dimasak mmg berlendir sikit.lagi2 kalau ikan baru. Tapi lendir tu lah yang sedap.
*Ikan yang sesuai dimasak dalam kuah yang cair ialah seperti ikan siakap, duri, kembung...
*Saya suka asam pedas pekat n masam....slurppp!!!
Selamat mencuba
Assalamualaikum