Pages

Wednesday, July 10, 2013

Selamat Datang Ramadhan Kareem :)

Assalamualaikum

Ramadhon sudah datang people!!! Selalunya rasa eksaited untuk bulan pose tinggi terlebih dari nak sambut raya. Tapi tahun ni tak perasan malam ni dah masuk Ramadhon. Ni sume disebabkan diriku terpaksa berkelana ke Gambang, Temerloh dan Kuantan demi FYP. *ohmai*. Lupa dah benda-benda lain.

Kalau tahun lepas dia punya eksaited sampai tahap hari pertama puasa aku dah bakar pelita keliling rumah. Semangat lain macam tambah lagi pengaruh dari Asia Barat yakni negara Arab yang suka sambut Ramadhon meriah meriah siap ada tanglung bunga api bagai. (Fakta ni dikutip dari surat khabar. Kalau tak benar sila benarkan). Mencapap sangat rumah aku pesday pose. Dah la rumah dekat ngan masjid. Tapi bakar pelita tu tak istiqamah pon. Tiga pat hari je membakar sebab minyak tanah mahal woi. Minyak kapal terbang le katakan. Sumbu pelita pon aku salah pasang. Terjelir sampai sumbu pelita keluar. Habis menjulang julang api  . Tu yang buat pelita abis minyak sebelum orang balik terawih

Tapi tu cite taun lepas. Ceh. Tahun ni pesday pose sahur pon kat hotel. Ceh lagi. Seumur hidup tak penah bukak pose kat hotel tetiba sahur kat hotel. Aku memang tak ikut trend langsung. Terpaksa dengan alasan masalah teknikal. Tak dapat nak mulakan Ramadhon dengan sembahyang terawih kat masjid kampung. Selalu semangat sembahyang terawih pesday sebab nak niat puasa sebulan mengikut pak imam sebab tak hapal niat yang sebulan punya. Gelabah jugak takut tak terniat untuk sebulan. Alhamdulillah, dengan izin Allah dan bantuan teknologi, aku dapat berniat puasa sebulan melalui niat yang dipostkan oleh budak budak kat pesbuk. Tengok, lalu pesbuk pon boleh dapat pahala. :)

Ramadhon dikenali sebagai bulan Ibadah. Macam macam ibadah yang boleh dilakukan untuk mendapat pahala yang banyak. Tapi ibadah apa? Tido pon ibadah jugak. Tapi takkan nak tido je dari sahur sampai berbuka. Untuk mengelakkan terlupa sebab manusia mudah lupa, listkan apa ibadah yang boleh kita buat. Contohnya camni

Checklist untuk mendekatkan diri pada Allah SWT


Selain checklist, aku ada nampak orang post pasal Borang Mutabaah. Pestime jugak aku dengar benda ni. 

"Ape tu?"

Borang Mutabaah tu borang/jadual yang korang sediakan dengan listkan ibadah ibadah yang korang target nak buat sepanjang Ramadhan. Ini boleh bantu melatih diri untuk konsisten dan istiqamah untuk bulan bulan seterusnya. Dari sini boleh kita tengok naik turun graf ibadah kita ye kawan kawan

Contoh Borang Mutabaah

Yang ada kat internet


 
DIY-yang boleh buat sendiri

Oleh itu, Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua Muslim dan some non Muslim yang ikut berpuasa jugak. Semoga bulan Ramadhon menjadi tempat untuk kita berpesta ibadat dan moga diistiqamahkan hingga bila bila. Jangan jadi pesta makanan pulak. Membazir bazir. Jangan pulak mewarisi perangai setan yang dah dijel tu. Ramai lagi yang lapar kat luar tu.

Till then. Assalamualaikum