Pages

Sunday, June 30, 2013

Chicken Salad Wrap

Assalamualaikum

Dah bape bulan baru dalam post resepi baru. Maklumlah, kat umah. Ingat balik rumah ni nak makan makanan sedap berlemak bagai tapi kat umah ni ade personal trainer tak berbayar. -_-".

Kali ni resepi sihat, sesuai untuk makan time diet. Seimbang, ada karbo, protein, vitamin, lemak sikit. Nak masak makanan berlemak kang nak makan pulak. Nak makan kang kene marah pulak. Tapi aku main bohong sikit sebab boleh tahan 

Resepi ni sonang jo. Meh terai.

Bahan:

Ayam (dada)/ daging burger
Bawang
Cili benggala/capsicum (betol ke aku eja nih?)
Salad
Keju cheddar
Sos cili/ mayonis
Wrap/ chapati

For the wrap, I use Mission Wrap. Available in 4 flavour; Original, Wholemeal, Potato and Garlic. I use Wholemeal. Healthier. 
Wholemeal Mission Wrap. Sori lupe rotate gambar

Cara: (Ada 2 method. I prefer the 1st)

1st method (sori.takde gambar)
  1. Potong dada ayam atau daging burger kecik kecik
  2. Tumis bawang dengan capsicum dengan minyak sikit. Kasi bawang dengan capsicum layu dan lembut sikit
  3. Masukkan ayam/ daging burger. Tumis lama sikit kasi masak
  4. Masukkan sos cili dan mayonis dan air sikit (kalau nak kering takyah kasi air)
  5. Panaskan wrap dengan sikit mentega
  6. Letak wrap dalam pinggan
  7. Letak keju cheddar 
  8. Letak salad
  9. Letak tumisan ayam + bawang + capsicum yang bersos cili dan mayo tadi
  10. Wrap or roll it
2nd method
  1. Potong dada ayam menjadi keping keping atau pakai jer daging burger
  2. Goreng dengan sedikit minyak (bajet macam nak goreng burger)
  3. Tumis bawang dengan capsicum dengan minyak sikit. Kasi bawang dengan capsicum layu dan lembut sikit
  4. Panaskan wrap/ chapati guna sikit mentega 
  5. Letak wrap atas pinggan
  6. Letak keju cheddar atas wrap

  7. Letak salad atas keju

  8. Letak ayam/ daging burger

  9. Letak bawang + capsicum

  10. Letak sos cili dan mayonis (time ni mayonis abis so takde mayonis la)

  11. Roll it and slice

  12. Or u can simply wrap and eat it like a boss

    Ni pon first try aku bua wrap nih. Pengganti McD punya wrap. Sila boikot McD

    Selamat mencuba

    Till then. Babai

Thursday, June 20, 2013

Bye Bye 3rd Year

Asssalamualaikum

Pheww...
Siap dah VIVA presentation untuk FYP 1. Maknanya dah officially aku habis tahun 3.
1 year more to go.

p/s: Harap hidup aku tak miserable lepas abis VIVA ni. T.T

Saturday, June 15, 2013

Am I That Lucky?

Assalamualaikum

Tadi baru dapat mesej kat henpon kata nombor aku terpilih cabutan bertuah Shell. Hadiah RM 20,000. Jom korang keluar makan. Ajak member sekali. Aku melanjer
*
*
*
*
*
*
*
Haha. Dalam mimpi la sebab aku tak caya pon mesej tu betul. Skang ni pon makan catu catu. Maklum la, hujung sem.

Minggu lepas pon ade dapat call kata nombor aku terpilih untuk dapat penginapan free 2 hari 1 malam kat Gold Coast Sepang sempana opening. Disebabkan jadual pack, aku tekde napsu pon walaupon disogokkan dengan hotel mahal.

Kadang terpikir, takkan lah bertuah sangat aku ni nak dapat cabutan bertuah hadiah bes bes ni. So, anggap semua yang datang tu as spam jer.

Mana ada rezeki datang bergolek. Kalau ada orang nak bagi prize camtu pun at least kene isi slogan tak melebihi 20 patah perkataan dulu lar.

Nothing is free lah today. Takyah berangan ko duduk rumah free2 dapat hadiah duit kete (tapi haritu sebelum pilihan raya satu Malaysia free free dapat duit... eh~)

p/s:Andai kata lah benda yang aku dapat tu bukan spam, maknanye betul, memang rugi.. RM 20K kot.

What to Do For This 3 Month Holiday?

Assalamualaikum

Alhamdullilah. Tinggal 1 paper dengan VIVA presentation untuk FYP.
OK. Pastu?

*
*
*
*
*

Pastu balik cuti ah bro. Weeehooo...Akhirnya cuti panjang lepas semester yang haru biru kelabu.
*bajet sem depan dah takde FYP lagi. Gap lama tak lama sangat untuk paper last ni memang buat aku tak focus untuk setadi. Lagi- lagi paper last. Student memang gitu kan??Itu namanya lumrah people! Focus aku selain ke laut, ianya juga menjurus ke arah pikiran "nak buat ape yer cuti ni?". Kalau dengar kawan kawan punya planning, selalunya macam kat bawah ni lah..

typical student holiday planning:

1. nak kerja 
2. qada' tidur
3. buat kuih raya (kan da nak raya)
4. jumpa kengkawan
5. travel
6. balik rumah tok nenek
7. jahit baju raya
8. dok rumah main PS
9. cat rumah
10. siapkan FYP (so sad)
11. stay kat U siapkan FYP (very sad)

Aku pelajar tipikal. So, planning lebih kurang cam gitu lah lebih kurang. Nak dekat dekat puasa ngan raya nih, planning mestilah berasaskan persiapan perayaan selain beribadah dengan lebih tekun. So, ni planning aku.

Planning cuti 3 bulan aku:

1. Khatamkan novel
*baik ko gi khatam Quran weh

novel yang beli pakai baucer Bang Jip bagi ngan novel murah Big Bad Wolf
Nak pinjam meh datang rumah

2. Buat deko-deko

Deko-deko ni bukan nama kuih raya alaf baru Y2K tapi decorate rumah. Sesuai dengan time menjelang lebaran yang mulia ini. Haritu cuti seminggu dapat mendeko bilik sikit. Buat future wall. Lawa tak? (Maaf,gambar before dan after berlainan sudut tapi masih dinding yang sama). Deko-deko ni bukan dok beli perabot baru tukar cat baru lantai baru. Bukan macam Eric Leong, ade bajet takde rambut. Aku takde bajet ade rambut *God don't give u everything. Just alih meja kerusi jer pon

before

after

3. Landscaping

Time ni lah masa terbaik untung mencantikkan laman rumah.

 4. Buat kuih raya

Nak raya haruslah ada kuih raya. "Apalah guna ada anak dara menganggur kat rumah kalau tak dikerah untuk buat kuih raya" pikir emakku. This is annual activity. Seronok buat kuih raya apetah lagi kalau time tu takleh puasa. Boleh rasa. Adik adik boleh rasa baran jer tengok aku makan. Untung time puasa ko sekolah dik. Kalau time cuti panjang, aje tak cukup pose ko

Siap dah buat list nak buat kuih ape..Lorat betol

1. Tempeyek
2. Tumpi
3. Kepek pisang
4. Tart nenas
5. Dahlia
6. Bepang
7. Kipas Datin Rosmah

Andai kata ko datang raya rumah aku dan ko tengok ada yang kurang dari list di atas, jangan ko mintak keluarkan dari dapur pulak. Mungkin dah habis ataupun langsung aku tak buat. Ko kene ingat ayat ni "Kita hanya mampu merancang, Allah tentukan"

5. Siapkan preparation untuk travel

Cuti ni dapat lagi pergi program Around the World lagi. Tahun lepas Indon, tahun ni Filifina pulak. Takde la travel mana. Sambil menyelam minum air.

preparation guideku...
60 Tip Mengembara: Persediaan Sebelum Bermusafir dari Telaga Biru
sangat membantu untuk preparation, checklist semua :)

5. Siapkan FYP

Walaupun cuti, setadi haruslah berterusan. Takleh stop gitu jer. Sambil-sambil siapkan mana yang boleh. Kalu tak meraung naik sem nanti. *Tetiba rindu sample kat lab. Harap ok hendaknya.*

Planning. Walaupun Allah tentukan, kita mesti usaha. Jangan nak malas.

Heh. Poyo jer

Harapan time cuti: 
Harap aku dapat betulkan biological clock. Nak adapt kat rumah tu seminggu jugak. Kat hostel da biasa tido lambat. Cam skang ni la. Pukul 3 tak ngantuk lagi. Nanti pagi payah nak bangun

p/s: mood packing barang da sampai dulu sebelum mood setadi last PAYYPERR ni *sigh

Skang pikir solution camne nak bawak barang banyak2 ni naik bas. Agak agak pelik tak bawak bantal peluk naik bas?

Monday, June 10, 2013

2nd Last Final Exam

waktu: 16 jam sebelum 1st paper

 Assalamualaikum

Sem ni rasa pendek jer. esok pagi mula dah 1st paper untuk aku

Pada semua orang:

~Mintak ampun maaf

~Mintak halal makan minum

~Mintak halal terlebih kurang bayar hutang
*kalau tak nak halalkan meh bagitau bape terlebih kurang tu 

~Mintak doakan aku dan kengkawan dapat jawab exam dengan tenang

Untuk kengkawan:

GOOD LUCK FOR THIS 2ND LAST FINAL EXAM

jangan stress :)

p/s: 2 3 hari ni da pikir plan nak buat untuk cuti panjang nanti...hilang fokus study

Wednesday, June 5, 2013

Le Kuceng Garang

Assalamualaikum

Tadi tido mimpi jumpa kawan lama. Kawan tuh ade kucing tapi yang aku tak pahamnye, kucing tuh bukan main tak suka lagi ngan aku. Asyik nak mencakar mengigit aku jer. Sumpah kecik ati dengan kucing

"dear cat, why u do this to me?" :'(

p/s: i'm a cat lover in reality

Kuceng, ko adelah comel..Takyah nak tunjuk garang sangat eh