Pages

Tuesday, April 30, 2013

Doktor SAKIT APAA???

Assalamualaikum.

Sekarang ni cuaca tak menentu.. jap panas jap hujan. Buat badan kite terkejut dan senang kene penyakit
Aku terkene penyakit sore throat. Suara pon dah macam jantan. Skang ni kalau dengar lagu duet, aku nyanyi yang part laki jer. Lebih masuk rasenye

Tadi siang lepas abes kelas terus pegi klinik UMP. Jumpe akak klinik yang bapak gengster (seb baik aku sakit kak). Dapat pulak doktor obersea (UMPians mesti kenal). Famous word from him.

                                                             le doctor: SAKIT APAA??

le me: sakit tekak

Pastu check tekak. Disebabkan ade communication barrier, lame jugak sesi men"check" tekak. Disuruh cakap "aaaa" aku dok jelir2 lidah. Mesti ko stress doktor. Pas berjaye tengok tekak, die pon terus cakap ade bacteria infection. Aku pon terpelik

"eh, doktor ni power betul..bole nampak terus eh ade bacteria kat keliling tekak aku?"

Pastu dok bantai tulis ubat banyak2. Jadi mat gian aku seminggu ni. Time kasih dokter bagi ubat banyak2 dan besar2.

Ubat klinik vs ubat sendiri

Uhuk2...Bhai..

p/s:  Sori dear bedmate kaco ko tido. Gegor2 katil tyme aku batuk

Sunday, April 28, 2013

Mock Trial 2013 KONGKALIKUNG

Assalamualaikum wbt

Semalam baru berlangsung event wajib untuk setiap student  OSH kat UMP nih which is MOCK TRIAL. 

"mock trial? cubaan memaki? mende jadahnyer acara nak maki2 nih??"

Lek lek. Mock trial tu acara perbicaraan dalam mahkamah atau amerikanye we call "court". Banyak yang curious ape tu KONGKALIKUNG? bahasa ape yang ko gune ni? Aku pakai bahasa melayu tinggitaktercapaiakalmung

KONGKALIKUNG = bersekongkol melakukan perkara yang tak baik


Official Poster


Sinopsis:
Seorang pekerja wanita (Maria Menado) telah mendapat gangguan seksual dari rakan sekerja beliau yakni En. Aziz Sattar the Pervert. Maria mengadukan hal ini ke majikan beliau (Lee Ar Tompel) tapi telah dilantakkan/ tak diendahkan. Then Maria cuti untuk beberapa hari tanpa izin dan akhirnya telah dipaksa untuk berhenti kerja. Rentetan itu, Maria telah adukan hal ini ke Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan setelah JKKP membuat siasatan, Jenissco Tompel Construction diseret ke mahkamah untuk mendapatkan an important thing called WELFARE/ KEBAJIKAN.

Jadi, daripada kes tersebut, Mock Trial ini dijalankan untuk mendengarkan perbicaraan Jenissco Tompel Construction vs JKKP


Introduce the actresses
(Kami sume pompuan, yang nampak hensem tu jangan korang tergode..mereka bukan asli)

Yang Arif Tuan Zaiton Sameon 

Pn Sarimah binti Ahmad-Jurubahasa  

Pn Latifah Omar- Pendakwaraya 1


Pn Neng Yatimah binti Nong Chak baa- Peguambela 1

En. Lee Ar Tompel (59) *caption cam cite Conan siap ade umur

En. Aziz Sattar the Pervert (38)

Maria Menado (26)

Pegawai JKKP Pn Saloma P Ramlee (44) - Saksi

 Pn Siput Sarawak binti Sabah - Saksi

Cik Noorkumalasari Martopo - Saksi aka makwe dak Tompel


Belakang tabir 


Ayu- le director

Min- scriptwriter

Seha- scriptwriter

Aahy mahy chucky - ketua prop....aaaaa

Behind The Scene

Le peguambela

Mong~

IC in making

IC para saksi.. Cik Wan le Lecturer suka sangat IC ni


Gambang gangster


le pervert in action 


tasik belakang KK2...tak sangka di sebalik habuk2 UMP ade tasik yang indah ni

jemaah kariah Gambang

Tabik tuan singh

Jemahsss...

Orang mahkamah pehal uoll monyok? Gaji sikit sangat ea?


Akibat kekurangan kakitangan, pelakon wat part time makeup artist

Eleh tompel, ko belakon je kn?


caught!!



Hari Kejadian




All crew with VIP 










the pervert hot malam tu... ramai nak bergambar ngan dier..


sumber gambar: rembat dari FB classmate... (sori beb, aku xde simpan gambar hari kejadian)

Mock Trial ni sangat bagus untuk mendedahkan pelajar OSH untuk masa depan apabila sudah menjadi pegawai JKKP kerana mereka mempunyai kuasa untuk mendakwa di bawah akta Occupational Safety and Health Act 1994 (OSHA 1994) (Penolong Pengarah JKKP Pahang ,2013)

Haa....siap ade testimoni lagi. Kkami dapat komen yang skrip nearly perfect. Thanks to scriptwriter

Thanks to PROPers... for all the amazing prop

To all actressess, pasni bole mintak keje ngan David Teong

Junior OSH...korang memang sporting dan baik hati

Pada EN. WAN: kami harap A dari anda

Pada JKKP: sila promote kami supaya senang dapat kerja nanti

Pada orang kuat: Ayu le pengarah ^^ (senyum selalu)

Dan pada semua yang terlibat sacara langsung atau tidak...

Uolls sume memang A lah....

\(///0')/

Monday, April 22, 2013

Gwiyomi

Assalamualaikum dan selamat pagi

Skang ni trend GWIYOMI....mende tu?  Alah, video yang kiut dan bajet kiut dan scary (sometimes)

Kiut

Bajet kiut (bajet barbie..)

No komen. Bagi aku cam fake tapi budak2 laki suke tengok yang ni.. Pusing2 video ni sampai setengah jam

Scary

Red hair

Merry

Geli + klakar

Korang tak nak try ke buat?mana tau jadi viral pastu bole datang kat Era buat video ngan Johara

Nak buat?

ok, ini step untuk buat video GWIYOMI anda sendiri

1. Tengok cermin dulu untuk pastikan kekiutan korang

2. Kalau tak dapat decide anda cute atau tidak,sila tanya kawan anda (step 2 mungkin melibatkan elemen pembohongan)

3. Try buat depan webcam... sila buat di dalam bilik kosong yang tiada orang untuk memastikan tiada sebarang kemalangan jiwa

4. Baca buku motivasi tentang bagaimana untuk mengurus emosi

5. Tengok balik video, kalau ok da bole post kat pesbuk atau youtube

6. Sediakan hati yang kuat untuk menerima komen "poyo", "xkiut pon", "nenek aku lagi kiut", "gay" selain banyak istighfar atau lebih buruk dikecam dan didesak untuk tutup akaun pesbuk or youtube

Ha..pada sesiapa yang rasa nak buat, pikir la dulu banyak kali....takut nanti habis terus konfident level korang yang tinggi tu

p/s: step 7. Tunggu tawaran call dari mane2 production yang maybe nak korang jadi pelakon (not in a million years...)

Till then...