Assalamualaikum... salam Jumaat semua
Fadhilat Surah al-Kahfi
Maksud: Gua
Surah ke 18 dalam al-Quran, mengandungi 110 ayat
Antara fadhilat surah al-Kahfi
1. Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat maka terpancarlah cahaya di antaranya dan Baitullah
2. Sesiapa yang menghafaz 10 ayat permulaan surah al-Kahfi' maka terhindar daripada Dajjal
3. Sesiapa yang membaca 10 ayat terakhir surah al-Kahfi, maka terhindarlah ia daripada fitnah Dajjal
4. Sesiapa membaca surah al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi
5. Sesiapa membaca surah al-Kahfi, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari Kiamat dan diampunkan antara 2 Jumaat
6. Sesiapa membaca surah al-Kahfi pada malam atau siang Jumaat, maka diampunkan dosanya hingga Jumaat akan datang; dan 70,000 malaikat memohonkan rahmat kepada Allah swt hingga waktu Subuh, dan dijauhkan Allah dari terkena wabak penyakit demam panas atau taun; penyakit sopak; dan dijauhkan dari fitnah Dajjal
Bagus kita amalkan surah al-Kahfi kerana ada banyak fadhilatnya :)
Zikir hari Jumaat: YA ALLAH (100 kali)
Bacalah,selamat beramal dan beriman